Pentas Ais Ross
Pentas Ais Ross ialah pentas ais yang terbesar di Antartika dengan keluasan kira-kira 487,000 kilometer persegi (188,000 batu persegi) dan sekitar 800 km (500 batu) merentasinya, yakni seluas negara Perancis.[1] Ketebalan pentas ini dikukur sebanyak beberapa ratus meter. Depan ais menegaknya yang menghadap ke laut terbuka berukuran panjang lebih daripada 600 kilometer (370 batu), dan berketinggian antara 15 dan 50 meter (49 dan 164 ka) tinggi dari aras permukaan laut.[2] Bagaimanapun, sebanyak sembilan puluh peratus daripada aisnya yang terapung berada di bawah permukaan air.
Sebahagian besar pentas ais ini berada dalam Wilayah Tanggungan Ross yang dituntut oleh New Zealand. Ia terapung serta menutupi bahagian besar selatan Laut Ross dan seluruh Pulau Roosevelt yang terletak di barat Laut tersebut.
Pentas ais ini dinamakan sempena Kapten James Clark Ross yang menemukannya pada 28 Januari 1841. Ia pada asalnya diberikan pelbagai gelaran seperti The Barrier ("Penghalang") dan terutamanya Great Ice Barrier ("Halangan Ais Besar") kerana ia menghalang kapal-kapal berlayar jauh ke selatan. Ross memetakan depan ais ini ke arah timur di 160°W. Pada tahun 1947, Badan Penamaan Geografi Amerika Syarikat menggunakan nama Ross Shelf Ice (Ais Pentas Ross) untuk ciri alam ini yang diterbitkan dalam makalah US Antarctic Gazetteer. Pada bulan Januari 1953 pula, nama tersebut telah ditukar kepada Ross Ice Shelf (Pentas Ais Ross) yang turut diterbitkan pada tahun 1956.[3][4]
Penjelajahan
[sunting | sunting sumber]Pada 5 Januari 1841, Pasukan ekspedisi Ross Angkatan Laut British dalam kapal-kapal khas Erebus dan Terror bertembung dengan ais padat Pasifik berdekatan Antartika dalam usaha mereka menentukan kedudukan tepat Kutub Magnet Selatan. Empat hari kemudian, mereka menemui jalan ke dalam air terbuka dan berharap bahwa mereka akan mempunyai kosongkan laluan untuk tujuan mereka, namun pada 11 Januari pula, pasukan ini telah berhadapan dengan sebuah jisim ais yang besar.
Komander ekspidisi tersebut, James Clark Ross, menyatakan pasukan mereka "tiada lagi peluang berlayar melaluinya berbanding melalui tebing-tebing Dover". Ross, yang sebelum ini telah menentukan Kutub Magnet Utara pada tahun 1831, menghabiskan dua tahunnya mencari laluan laut ke Kutub Selatan namun usahanya sia-sia. Namanya kemudian diberikan kepada pentas ais tersebut dan laut sekitarnya. Dua gunung berapi yang wujud di kawasan ini telah dinamakan oleh Ross sempena kapal-kapalnya.[5]
Komposisi dan pergerakan
[sunting | sunting sumber]Pentas ais adalah plat ais tebal terapung di lautan yang dibentuk oleh glasier secara berterusan. Ciri-ciri alam ini bertindak sebagai "brek" glasier, namun pentas ais juga mempunyai tujuan lain yang penting iaitu "mengawal kadar pencairan yang berlaku di atas permukaan glasier. Apabila pentas ais dikeluarkan, glasier meningkat kelajuannya disebabkan oleh pengumpulan air yang tercair dan/atau pengurangan daya hentian, dan pentas ais boleh mula menjatuhkan ais ke dalam lautan lebih laju daripada salji dapat berkumpul di kawasan tadahannya. Kelajuan ais glasier diperhatikan semakin meningkat di kawasan Semenanjung di mana rak ais telah hancur pada tahun-tahun sebelumnya."[6]
Pentas Ais Ross merupakan salah satu dari banyak pentas ini. Ia menjangkau ke Antartika dari utara, dan meliputi kawasan kira-kira 520,000 km persegi (200,000 batu persegi) hampir kepada saiz Perancis. Jisim ais ini diukur seluas adalah tentang 800 km (500 bt) lebar dan 970 km (600 bt) panjangnya. Di beberapa tempat iaitu di kawasan selatan, pentas ais boleh mencapai ketebalan hampir 750 m (2,450 kaki) tebal. Pentas Ais Ross menolak keluar ke laut di antara 1.5 dan 3 m (4 ka 11 in dan 9 ka 10 in) sehari. Glasier-glasier lain beransur-ansunyar turut menambahkan berat pentas ais ini Pada masa yang sama, pembekuan air laut di bawah jisim ais meningkatkan ketebalan ais dari 40 hingga 50 cm (16 hingga 20 in)[bila?]. Kadangkalanya, celah dan retakan boleh menyebabkan sebahagian dari pentas ini terpecah - antara pecahan terbesar yang diketahui adalah sekitar 31,000 km2 (12,000 bt2) yakni lebih besar sedikit daripada keluasan negara Belgium.[7] Aisberg B-15, aisberg dirakam terbesar di dunia, terpisah daripada Pentas Ais Ross pada bulan Mac 2000.
Sebuah usaha saintifik yang penting dipanggil Projek Pentas Ais Ross telah dilancarkan dengan pelan mengorek keluar sampel biojisim yang terdapat dalam pentas ais ini serta membuat penentuan lain mengenai hubungan ciri bumi ini dengan dasar laut. Projek ini termasuk pemerhatian permukaan glasier serta pengerudian, dan bahagian pemerhatian bermula semasa fasa perancangan penggerudian tersebut.[8] pengeboran sebahagian daripada projek itu telah bermula pada tahun 1974, tapi sebenar bor telah ditangguhkan sehingga 1976. Akhirnya, pada tahun 1977, para saintis berjaya menggerudi ais tersebut menghasilkan lubang yang boleh sampel setiap beberapa hari selama tiga minggu. Pasukan tersebut dapat memetakan dasar laut, menyelidiki pasang surut air serta mengkaji hidupan yang ada di perairannya. Pasukan ini juga memeriksa keadaan oseanografi dan geologi serta suhu ais kawasan tersebut, yang mereka anggarkan pada -2.16° Celsius (27.3 °F) di dasarnya. Mereka turut membuat pengiraan lain tentang perubahan suhu.
Keputusan ini pelbagai projek telah diterbitkan dalam siri laporan dalam makalah Science isu 2 Februari 1979.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Antarctic Hazards". British Antarctic Survey. Dicapai pada Julai 2015. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Scheffel, Richard L.; Wernet, Susan J., penyunting (1980). Natural Wonders of the World. United States of America: Reader's Digest Association, Inc. m/s. 325. ISBN 0-89577-087-3.
- ^ Bertrand, Kenneth John, et al, ed.
- ^ "Ross Ice Shelf Case Brief". US Board on Geographic Names. Dicapai pada Mei 2016. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Antarctica.ac.uk
- ^ Larsen B Ice Shelf Collapses in Antarctica, March 2002
- ^ "Antarctica shed a 208-mile-long berg in 1956". USAToday. January 2005. Dicapai pada July 2015. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Thomas, R.H.; MacAyeal, D.R.; Eilers, D.H.; Gaylord, D.R. (1990), "Glaciological studies on the Ross Ice Shelf, Antarctica, 1973–1978", dalam Bentley, C. R.; Hayes, D.E. (penyunting), The Ross Ice Shelf: Glaciology and Geophysics, Ant. Res. Ser., 42, Washington D.C.: AGU, m/s. 21–53, doi:10.1029/AR042p0021, ISBN 0-87590-195-6, ISSN 0066-4634. More than one of
|ISBN=
dan|isbn=
specified (bantuan); More than one of|ISSN=
dan|issn=
specified (bantuan); More than one of|DOI=
dan|doi=
specified (bantuan)Lebih daripada satu|ISBN=
dan|isbn=
dinyatakan (bantuan); Lebih daripada satu|ISSN=
dan|issn=
dinyatakan (bantuan); Lebih daripada satu|DOI=
dan|doi=
dinyatakan (bantuan) - ^ Clough, John W.; Hansen, B. Lyle (Feb 2, 1979), "The Ross Ice Shelf Project", Science, 203 (4379): 433–455, doi:10.1126/science.203.4379.433. More than one of
|DOI=
dan|doi=
specified (bantuan)Lebih daripada satu|DOI=
dan|doi=
dinyatakan (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Polar Discovery: Ross Sea Penguins and Lava Flows
- Some pictures of the Ross
- Massive ice shelf 'may collapse without warning' - rencana daripada akhbar New Zealand Herald
- Gambar-gamnar tepian Pentas Ais Ross